Alfirus Ahmad
Programmer and entrepreneur

“E-dagang scam!” – dakwa seorang ‘dato’

Aku kan baru buat artikel mengenai e-dagang (rujuk https://alfirus.com/e-dagang-malaysia/ ). So cari lah aku mana-mana group yang sesuai. Cari punya cari ada lah 1 group ni yang pemiliknya dipercayai Dato’. Saya disogokkan cerita bahawa beliau amat baik dan sangat berminat untuk membantu sebangsa dan seagamanya dari sudut ekonomi. Beliau dikenali dengan Dato Eddy Ezra Bin Abdul Rahman.

Well, mungkin ini salah 1 platfom sesuai kot. So aku pun post lah di dalam group tu. Alih-alih kena sound dengan yang didakwa Dato’ berdasarkan argument yang tak kukuh.

Di dalam ‘group description’ tertera

JJ2020 PMG Digital Power Adalah Group Info Dan Perniagaan Anda. Beriklan dan Bersembang Lah Selagi Boleh.

Tetapi saya di ‘sound’ dengan alasan melanggar ‘rules’ which is i don’t see it in any part dalam group tu.

Untuk maklumat lanjut, boleh tonton video ini.

Seandainya seseorang itu mempunyai pangkat, pingat atau seumpamanya, seharusnya mempunyai ilmu asas yang tinggi seperti sesuatu itu perlu ada hitam dan putih sebelum dihukum. Namun di dalam kes ini beliau gagal.

Sebut mengenai beliau, pangkat Dato’ beliau saya amat ragui. Ini adalah kerana di dalam ‘group’ tersebut, ada seseorang orang kanannya yang dipanggil Datin dimana sebenarnya entah bila beliau ada pangkat Datin.

Mari kita rungkaikan kenapa saya berpendapat beliau bukannya Dato’.

  • Dato’, Dato’ Sri dan seumpamanya tidak akan menunjuk-nunjuk. Teknik menunjuk-nunjuk dengan barang mewah atau percutian keluar negara, teknik ni paling berjaya dibuat oleh kumpulan Unstopable. Motifnya adalah menunjukkan yang beliau mempunyai aset dan gaya hidup mewah dan menjual harapan kepada orang yang dijumpai untuk membeli harapan tersebut.
  • Kalau perniagaan yang dijalankan (dalam kes ini, ‘Dato” ini menjalankan perniagaan ‘digital marketing’) boleh menghasilkan wang berjuta-juta (dalam nilai RM, bukan Rupiah atau Rupee), takkan lah web menggunakan wordpress.com dan blogspot.com. Ibarat seperti Felda yang hanya mempunyai felda.wordpress.com, atau MyRapid yang menggunakan myrapid.blogspot.com atau Maybank yang menggunakan maybank.webe.com. Kalau mereka guna platform percuma seperti itu, tau pulak tak yakin atau percaya. Kenapa tak dalam kes ini? Takkan lah atas alasan percuma… ke tak mampu nak setup yang hanya menelan belanja tak lebih dari RM200 ringgit setahun?
  • ‘One man show’. Perniagaan didakwa boleh menghasilkan puluh ribuan ringgit tetapi tiada ‘accountant’, wakil negeri/daerah bergaji (sememangnya ada, tapi pendapatan berdasarkan head hunter) dan seumpamanya. Bab ni orang Melayu paling lemah bila dijual janji/harapan dan sanggup membeli janji/harapan.

Seandainya benar tekaan aku, kepada mereka silalah bertaubat kerana ada akta mengenai gelaran palsu ni (rujuk https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/03/21/penjara-jual-guna-gelaran-palsu).

Kepada bangsa Melayu, stop membeli janji atau harapan kerana teknik inilah ramai yang telah diperbodohkan dan boleh menjadikan hidup merana.

Kalau aku lah ‘Dato” tu, aku akan lihat apa yang orang tawarkan dan boleh tak ‘matching’ dengan apa yang aku ada. Contoh dalam kes ‘Dato”, beliau buat ‘coaching digital marketing’. Dengan adanya platform e-dagang tempatan, boleh melengkapkan ‘circle’ perniagaan atau sekurang-kurangnya memanjangkan lagi ruang untuk meraih keuntungan.

Aku mengharapkan rakyat Malaysia semakin matang dengan terhubungnya neuron-neuron.

PS: Sebut mengenai ini, mengeluh aku melihat anak bangsa generasi lepasan SPM tahun 2019. Apa akan jadi pada masyarakat lagi 5 ke 10 tahun?

  •  
  •  
  •  

You may also like...