Alfirus Ahmad
Programmer and entrepreneur

Kecewa

Hidup aku ni semakin lama semakin stress. Stress dengan orang keliling yang tak dengar langsung pendapat aku atau sekurang-kurangnya menolak pendapat aku dengan fakta yang kukuh. Akhirnya aku jugak yang tukang cuci taik dan sekaligus memberi tekanan pada aku.

Salah satu perkara adalah mengenai sistem e-Dagang yang aku tengah coding. ‘Business model’nya sepatutnya mudah seperti yang aku sarankan, tetapi ia mula kearah ‘multi level marketing’ dan dalam masa yang sama mempunyai unsur ketamakan.

Di dalam mesyuarat, aku ada menyatakan bahawa ‘business model’ yang mereka nak laksanakan sama seperti Groupon dimana peniaga perlu memberi % kepada Groupon. Lagi tinggi % yang diberi, lagi kuat pemasaran dilakukan. Ya, ianya paling top di Malaysia… tetapi pada tahun 2014. Pada tahun 2019, dimana kedudukan Groupon? Hilang dari statistik (rujuk https://aseanup.com/top-e-commerce-sites-malaysia/). Namun mereka teruskan juga dengan ‘business model’ Groupon. Aku tak boleh memaksa kerana aku hanyalah pekerja, bukan ‘funder’ dan bukan juga ‘operation runner’.

Aku tertanya-tanya, kenapa nak ikut ‘business model’ yang secara fakta statistik gagal? Kenapa syarikat-syarikat yang terkemuka dan terkenal tak dicontohi dan diperbaiki kelemahannya?

Di sini aku tak mengatakan ianya tidak akan berjaya mendapat sambutan, persoalannya kemampuan daya saing dan ketahanan e-dagang itu sendiri.

Aku dapati selama aku di dalam bidang IT, idea aku perlahan-lahan ada yang wujudkan seperti iM4U, Lexdelivery, platform e-dagang percuma, dan banyak lagi.

Aku rasa sudah cukup aku ‘absorb’ impak negatif hasil dari kedegilan yang sekarang sudah mula membinasakan kehidupan aku. Aku sedang cuba untuk menghasilkan e-dagang aku sendiri dengan ‘business model’ yang telah aku rangka.

Kelebihan utama ‘business model’ aku itu adalah

  • Percuma kepada peniaga tanpa dikenakan sebarang komisyen jualan
  • Peniaga tempatan mampu memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.
  • Sebahagian dari ‘business model’ ini dapat dimanafaatkan oleh peniaga ‘offline’ untuk meningkatkan jualan.

Hasrat aku itu tertunda kerana aku memerlukan modal yang agak besar (bukan ratusan ribu, apatah lagi jutaan Ringgit).

Aku dah cuba untuk mendapatkan ‘funding’ dari mereka yang berwang, tetapi rata-rata mereka sudah selesa dengan apa yang mereka miliki, selebihnya mempunyai terma yang boleh menggugat asas ‘business model’ asal.

Sebelum aku menyimpan dan mengunci ‘business model’ aku ini di kotak hati, aku perlu mencuba ‘crowd funding’. Kepada mereka yang menyumbang, aku akan beri berberapa ‘benefits’.

Seandainya anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh lah ke halaman ini https://alfirus.com/e-dagang-malaysia/

  •  
  •  
  •  

You may also like...