Alfirus Ahmad
Programmer and entrepreneur

Game yang tiada penghujungnya?

Assalamualaikum.

Ya, aku salah seorang ‘casual gamer’. Bukanlah pemain pro, tetapi sekadar mengisi masa lapang dan dalam masa yang sama, mengelakkan aku dari lepak kat luar. Lepak kat luar dah kena keluar duit lagi. Aku dah lah nak berjimat untuk beberapa agenda aku.

Di sini aku akan menerangkan ‘game’ yang aku kerap main dan mengapa. Untuk bacaan lebih ‘detail’ mengenai game tersebut, saya percaya ada di luar sana.

Cities: Skylines

Bagi peminat Sim City, Cities: Skyline adalah 1 version yang lebih moden dengan grafik yang wow. Bagi yang tidak tahu Sim City, ianya adalah game untuk menguruskan bandar. Korang bagaikan menteri besar negeri. Menguruskan bandar ni termaktub seperti menyediakan kawasan rumah dan industri yang selesa, dengan jalan yang teratur, mempunyai kapasaiti elektrik dan air mencukupi. Selain itu pendidikan juga penting dan harus ada sekolah dan universiti. Faktor pencemaran juga perlu dijaga sebaiknya agar rakyat tidak sakit. Sebut sakit, hospital dan tanah perkuburan perlu dibina.

Game ni bagus untuk santai tanpa stress yang berat. ‘Learning curve’ nya juga mudah dan tak memerlukan sangat neuron-neuron anda aktif berhubung.

Game ini bukan percuma, ianya berharga RM56 (harga mungkin berubah bergantung kadar pertukaran USD). Seandainya anda berminat, boleh lah ke https://store.steampowered.com/app/255710/Cities_Skylines/

Dota 2

Game Dota 2 kalau anda tak pernah dengar, bermaksud anda di dunia atau dimensi lain. Untuk itu saya mengucapkan selamat datang ke dunia realiti.

Pada korang yang baru datang ke dunia realiti, game Dota 2 ni ianya adalah game ‘base or tower defense’ style. Terdapat 2 ‘team’ yang akan bermain dan setiap team mempunyai 5 orang atau mungkin 6 sekiranya termasuk ‘coach’. ‘Team’ ini perlu mempertahankan pengkalan masing-masing dan dalam masa yang sama menghancurkan pengkalan musuh.

Game ni amat memerlukan kerjasama sepasukan, namun tak cukup dengan itu, pemilihan watak, kombo antara watak dengan watak, stratergi, peranan setiap pemain, barang kelengkapan watak juga memainkan peranan penting untuk menentukan sesuatu ‘team’ itu menang. Seandainya ‘team’ anda mempunyai 1 pemain Filipina (pinoy), mungkin korang akan mengalami sedikit kesulitan. Kalau ada 2, auto kalah ;P.

Game ni bagus untuk korang nak release tekanan dan seandainya korang main dengan mempunyai kelengkapan ‘headset’, selamat mencarut dan teruskan carutan korang selagi mampu! 1 set permainan memakan masa sekitar 20-70 minit atau mungkin lebih. Rekod aku paling lama kalau tak salah hampir mencecah 80 minit sebab terlalu sengit.

‘Learning curve’ nya agak rumit. Perlu sekurang-kurangnya 2 minggu untuk belajar secara konsisten. Watak yang aku suka main adalah Bloodseeker dan Legion Commander. Ianya sesuai dengak cara permainan aku.

Dota 2 lah yang mengubah panorama ‘gamer’ di Malaysia. Kalau dulu ‘game’ nie dipandang sebagai penghabis masa je, tapi sekarang ianya adalah salah satu karier pekerjaan. Tahukah anda ‘team Malaysia pernah menjadi pemenang nombor 2 di dunia dan membawa pulang belas jutaan Ringgit? Setiap tahun, nilai hadiah semakin berganda!

Seandainya berminat, boleh lah muat turun di https://store.steampowered.com/app/570/Dota_2/ dan ianya percuma.

Eve Online

Eve Online adalah ‘game’ angkasa lepas. Korang boleh menggunakan hampir beratus jenis kapal terbang. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan peranan. Ianya di pelbagaikan lagi dengan kelengkapan yang korang boleh lengkapkan pada kapal terbang tersebut.

Eve Online bukan seperti kebanyakan ‘game’ lain. Kalau ‘game’ lain, syarikat pembinaan telah menetapkan jalan untuk korang bermain. Di dalam Eve Online, ‘jalan kehidupan’ korang tidak dibataskan. Korang boleh jadi pejuang, perekacipta, pelombong, peneroka. Itu adalah asas pembina ‘game’ ini buat. Pecahan dari itu bergantung pada imagenasi korang samada nak jadi ‘courier service’, mata-mata (spy), penyamun dengan menyamun pemain lain (sama seperti penyamun dalam cerita Pak Belalang), pemeras ugut, ahli politik dan diplomasi, ahli perniagaan, pemanipulasi pasaran dan banyak lagi. Kategori ‘game’ yang jalan ceritanya bebas dikenali sebagai ‘sandbox game’.

‘Learning curve’ game ni sangat mencanak. Ianya memerlukan setiap sel neuron korang berhubung. Tak hanya ianya mencanak, malah memerlukan masa. Ada pemain yang sudah hampir 13 tahun masih kekal di dalam ‘game’ dan belajar sesuatu yang baru. Oleh kerana itu, bagi komuniti Eve Online, ianya bukan ‘game’ tetapi kehidupan kedua di dimensi lain.

Selain dari memerlukan neuron-neuron korang aktif berhubung, korang juga memerlukan skill sosial kerana Eve Online berasaskan komuniti. Seandainya korang punya skill sosial dengan bahasa Inggeris level budak-budak Wechat/Michat, eloklah pergi duduk di sofa dan main Candy Crush.

Disebabkan pemain Eve Online menyifatkan ianya adalah kehidupan kedua di dimensi berbeza, ianya juga bermaksud kesabaran itu perlu tebal. Tak semua boleh dibuat atau dimiliki dengan sekelip mata. Contohnya untuk memiliki kapal terbang A, memerlukan kepakaran pengendalian di dalam ‘game’. Kepakaran atau ‘skill’ ini dia memerlukan masa, mungkin 3 jam, 8 jam, 1 hari, 1 minggu, atau 29 hari bergantung kepada ‘level’ kepakaran. Ianya boleh dipercepatkan dengan Skill Injector. Untuk memiliki Skill Injector, korang perlu beli dengan menggunakan ISK (in game money currency). Untuk memiliki ISK, korang perlu buat aktiviti yang korang nak untuk meraih ISK. Ianya sama seperti bekerja di dunia nyata. Setelah korang memiliki kepakaran tu, korang kena beli pulak kapal terbang A dengan ISK. Tak cukup dengan tu, kapal terbang A perlu di isi dengan kelengkapan seperti senjata, dan lain-lain. Itu juga memerlukan ISK.

Ya, ada cara lain selain menggunakan ISK, korang boleh membelinya dengan menggunakan wang Ringgit. Tetapi ‘game’ ini amat menarik kerana walau sebanyak mana wang yang korang gunakan, belum pasti menentukan korang boleh menang. Cuma peranan wang dalam Eve Online, aku boleh simpulkan sekadar mempermudahkan urusan korang dalam Eve Online.

Ingat tak yang aku ada kata Eve Online memerlukan kesabaran yang tebal? Ini bermaksud ‘game’ ini akan memberikan anda ‘stress’. Ingat mengenai kapal terbang A tadi dan berapa rumitnya untuk korang miliki? Itu tak kira berapa lama korang habiskan masa untuk milikinya. Ianya mungkin akan meletup seandainya korang cuai, seperti melompat dari satu sistem ke sistem lain, tiba-tiba korang bertemu perompak yang lepak menanti mangsa di ‘gate’ atau korang pvp dengan orang yang mempunyai kapal terbang dan kelengkapan yang khusus untuk meletupkan kapal terbang korang.

Booommmm….. Kebabommmm….. 3-4 hari pelaburan korang hilang.

Eve Online adalah MMO yang pernah mencapai ribuan pemain dalam 1 system hingga mengakibatkan pertempuran yang sepatutnya memakan masa 20 minit menjadi hampir 2 hari dan kos pertempuran itu mencapai jutaan USD!

Untuk main, ianya percuma. Boleh download di https://www.eveonline.com. Seandainya korang nak bantuan seperti tolong ajarkan, boleh add aku dalam Eve Online. Cari Alfirus II Zateki.

Jadi itulah 3 ‘games’ yang aku selalu main. Seandainya korang ‘discovered game’ yang menarik, boleh tinggalkan di ruangan komen!

  •  
  •  
  •  

You may also like...