Alfirus Ahmad
Programmer and entrepreneur

e-Dagang Malaysia

Assalamualaikum,
Sebut mengenai ekonomi khususnya secara ‘online’, tahukah anda bahawa Lazada adalah hak milik Alibaba? Tahukah anda Shopee hak milik sebuah syarikat Singapura? Dimana e-Dagang hak milik syarikat Malaysia yang setanding dengan mereka? Kita bukannya tidak berkemampuan untuk menghasilkannya, sedangkan di Indonesia kuat dengan e-dagang keluaran mereka sendiri.

Tahukah anda Lazada tidak membenarkan peniaga tempatan untuk eksport melainkan peniaga di China, korea dan sebuah lagi negara yang saya lupa namanya. Pemasaran kita secara global masih lagi dikongkong dan dikawal.

Kita sekarang (rakyat jelata) kebanyakan sudah celik ekonomi. Salah satu pencetus utamanya adalah BMF selain dari faktor-faktor lain. Namun terdapat juga individu atau organisasi yang cuba memanafaatkan sentimen ini atas pelbagai tujuan samada suci atau sebaliknya.

Sentimen BMF ini rata-rata kita setuju ianya tidak mampu bertahan lama. Kita akan kembali di takuk lama seperti sebelumnya, namun mungkin akan meninggalkan berberapa kesan positif di pasaran. Persoalannya seberapa besar impak positifnya?

Hasilnya kita lihat wujud pelbagai e-dagang namun ianya tidak berkembang positif dan ini harus kita akui. Di bawah adalah sebab-sebab pada analisa peribadi saya.

  • Berkompaskan ‘fast money’
  • Tidak berkemampuan menyediakan e-dagang yang sempurna kerana keterbatasan mengupah ‘programmers’
  • Mempunyai ‘business model’ yang berjangka pendek
  • Birokrasi

Saya salah seorang yang terlibat dengan pembinaan e-Dagang yang wujud atas sentimen BMF. Saya salah seorang ahli pemikir asas dan sebagai ‘programmer’ untuk e-dagang tersebut. Berdasarkan perbincangan pertama, saya telah membentangkan ‘business model’ yang berdaya saing dan saya yakin boleh menggugat kedudukan Lazada, Shopee dan seumpamanya, bukan sahaja mampu hanya di ‘kampung’ sendiri, tetapi boleh pergi ke peringkat antarabangsa. Saya yakin dengan ‘business model’ yang saya rangkakan, kerajaan sesebuah negeri tiada masalah untuk memberi sedikit dana, apatah lagi menyokong. Landasan yang telah saya sediakan mampu menawarkan platform e-dagang percuma kepada peniaga tanpa mengenakan kos untuk setiap jualan yang terjual. Malah ianya tidak terhad kepada peniaga ‘online’ sahaja. Peniaga ‘offline’ juga boleh mendapat liputan pemasaran yang lebih meluas dan memanafaatkannya dari sudut lain. Idea saya Ini adalah berdasarkan:-

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Namun hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, landasan asas yang telah dibincangkan pada mesyuarat pertama telah bercanggah. Saya dah mula tawar hati kerana saya yakin ianya tidak akan mampu untuk bertahan dan bersaing. Saya terpaksa menerimanya kerana saya hanyalah seorang pekerja, bukan ‘funder’ dan bukan ‘operation runner’.

Oleh kerana itu, saya ingin melaksanakan idea asal dengan mewujudkan e-Dagang lain, namun saya mengalami kebuntuan dari segi modal seperti:-

  • Pendaftaran cap dagang
  • Peguam untuk mengemaskini terma dan syarat untuk pengguna, penjual ‘online’ dan ‘offline’
  • Pendaftaran syarikat Sdn Bhd (lebih berpotensi untuk mendapatkan dana gran)
  • Server, domain name dan perkara seumpamanya
  • Kos sara diri saya selama 3 bulan (jangkaan saya sistem akan siap sempurna sepenuhnya selama 3 bulan, namun sebahagiannya saya boleh menggunapakai kembali sistem e-Dagang yang dah saya buat untuk syarikat terdahulu)
  • Kos 2-3 lagi tenaga kerja selama 3 bulan

Jumlah mengikut pengiraan saya, minima adalah RM25,000.

Seandainya anda ingin membantu saya menyediakan e-Dagang ini, di bawah adalah butiran cara untuk anda menyumbang. Sila emailkan (me@alfirus.com) saya resit seandainya anda melakukan ‘online transfer’ atau ‘cash deposit machine’.

Kepada anda yang telah menyumbang, seandainya anda mendaftar sebagai penjual, saya akan beri ‘credit’ berdasarkan sumbangan anda untuk sewaan ruang iklan di dalam e-dagang yang akan dibina.

Wassalam.

Jumlah Terkumpul

USD 58

Senarai Penderma

Nama dan jumlah akan dipaparkan di sini.

  • Tiada nama = USD8
  • Tiada nama = USD20
  • Khairil Faris = USD30

Borang Derma

e-Dagang

$
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: $10.00

  •  
  •  
  •